Jotting Life

Supermom: Recaps

Jotted in Unspecified
Aiyoh! so hot ah these past few days! nak tidur malam pun tak boleh, ours without any air-conditon unit making soooooooo hoooooot!!!!!!! macam dalam oven, mak oiiii! *tak der icon lap peluh lerrrr pulak*

This post is super-panjang....gi lah kacau2 nescafe dulu sebelum duduk mengadap monitor.

I am now memperkenankan permintaan Cik Puan OLAB untuk me-"recap" balik apa yang I dah sempat tulis masa Supermom Forum on Saturday.

Reached there quite early, not long after that one of my former schoolmates (set2 Kuatang) pun sampai, so we carik tempat duduk and get ourselves seated. Masa register, nampak lah cikpuan urusetia yang bertudung kembar dengan I, baju pun sama2 black jugak, nasib my palazzo warna purple kalau dak jadilah kembar seiras, maklum lah sama-sama pelanggan setia butik SM, nok wak guaner? :kihkih . Majlis yang katanya start jam 9am, agak lewat bermula, I think 9.40am gitukan baru start? Sorang lagi member kuatang tiba lewat sikit and this young missus lewat sikit naik keretapi dr. sh. hayaati dah start baru dia sampai, jadi kami tak dapat lah duduk semeja...Tapi MasyaAllah tengokkan tetamu2 yang vogue2 belaka itewwww..DR Sharifah Hayati - airmukanya yang sungguh jernih dan putih bersih, I mean it is soooo bersinar2..and the Datin Sh. Anisah from N0naR0guy oh daku sungguh malu pabila melihat pinggangnya bak kerengge dan the other parts yang melentik2 itewww...tengok dia, tengok diri sendiri..alahai macam langit dengan bumi! The author of CoolMum Super Dad, Pn Jamilah Samian, menjadikan daku bermimpi2 bila agaknya daku ada chance nak naik pentas dan duduk semeja bersama2 forumers...entah ada ke tidak tu? and last but not least the owner of SM's butik yang telah membuatkan daku menangis mengingatkan my mami kat kampung. Congrats jugak untuk mereka sebab telah berpeluang untuk design tudung dan meletak crown bagi YAM Tuan Permaisur1 Agung semasa pertabalan tempohari...uish, berapalah istana bayar gamaknya ya?

Okay, the ucap utama was by Dr. Sharifah Hayaati. Dia cakap benda basic jer tapi Ya Allah punyalah menusuk dan menikam qalbu. Recaps ni tak lah complete sangat (kalau ada yang nak tambah silakan, rafiqah ke, AK or Famy dipersilakan) sebabnya asyik mendengar ucapan dan menangis so ada susah sikit nak tulis nak lap h1ngus meleleh lagi, nak tulis lagi..harap tuan2 dan puan faham ya.

The tajuk forum was supermom kan? Jadinya, menurut dr. hayaati bagaimana kita nak meletakkan kedudukan kita di samping anak2, simply put camaner anak2 "tengok" kita. Nak letak darjat kita as ibu tu kat mana? Misalan dia bagi, Nabi kita Muhammad saw walaupun sempat rasa kasih sayang ibu kandung cuma 7 tahun tapi keberkesanan peranan ibu kandung dia yang hanya 7 tahun tu sangat hebat! Sebab kata dia melalui satu hadis (i just recap with my own word boleh ker?), kalau ibu ni panggil dia walhal dia sedang solat, maka dia berenti sahut dulu panggilan ibunya dan solat semula! Sampai macam tu sekali dia memuliakan ibu dia. Kita rasa ada tak anak2 kita nanti yang nak muliakan kita macam tu? Atau lebih tepat ada tak kita memuliakan ibu kita macam tu????????? Oh! OH! OH OH!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Dr. Hayaati menyambung, anak2 ni merupakan cermin ibubapa..Daku sungguh takut with this statement! Orang tengok anak kita, orang tahu "siapa" mak bapak dia!!!! Ya Tuhan! this reminds me of bila tengok anak2 yang elok tingkah laku, sopan pakaiannya, tiba2 kita terpandang mak bapak dia, so kita pun tak sedar berkata "oooohhh..patutlah..tengoklah mak ayah depa" lepas tu tengok lagi..nampak anak2 yang bertindik kat pusat, pakai seluar singkat, rambut kaler2..mata kita melirik lagi..pas tu kita kata.."ohhhh patutlah, tengoklah mak bapak depa!"..AND BILA ORANG LAIN TENGOK ANAK2 KU WHAT WILL THEM SAY AGAKNYA???????????????????????????????????????????? OH! OH! OH! OH!!!!!!!!!!!
Kalau kita rasa diri kita banyak lagi nak belajar, janganlah pulak kita salahkan parents kita yang tak cukup mengajar, I think we are tua enough to muhasabah diri and pikir apa yang patut kita perbuat dengan diri kita so that bila orang lain tengok, will give them a good impression to our parents...vice-versa anak2 kita jugak. Kalau tak hengat ramai orang kat majlis tu mau dah tersedu2 sebab i was thinking the exact thought above masa dr. hayaati cakap pasal "anak2 adalah cermin ibubapa".

Dan I didn't know that "sesiapa yang mencium kelopak mata ibunya, maka itu menjadi pelindungnya terhadap api neraka kelak." Balik kena practise this one dengan tulus ikhlas.

Antibodi yang diperlukan oleh seorang ibu adalah D.U.I.T:
  • "D" - DOA. Doa is senjata orang mukmin. As ibu kena selalu doa untuk anak2 dan as anak, kena selalu doa untuk parents. Allah dah bagi kita senjata, jadi gunalah sebaik2nya senjata yang ini, ni tak der kat dr. hayaati, lepas solat kita asyik dok terkam hal2 duniawi, contoh dia bagi - gulai kari atas dapur, solat tak khusyuk sebab asyik dok ingat gulai kari yang dok menggelegak kat atas dapur!

    3 orang yang Allah tak tolak doa mereka:

    a) doa musafir - this reminds me why my friend had asked our other friends yang nak pulang ke kampung di tanah merah to berdoa and berdoa sepanjang perjalanannya ke kampung dan esoknya doanya dimakbulkan. MAsyaAllah, indeed memang makbul doa musafir! So next time balik kampung or pegi mana2 banyakkan berdoa - mintak lah apa saja!

    b) doa seorang ibu/bapa kepada anak2nya or vice versa - aiyooh this one really caught me, i ni kalau anak2 tak sihat, anak2 nak exam baru sibuk nak berdoa, kalau tak tu, ikut rajin ler...tak spesifik sangat my doa, kengkadang panjang tapi banyak yang general dan pendek2 saja. Dan jugak kalau kat selain dari waktu solat memang hati tak dibiasakan berdoa kecuali ndak apa2 dari Allah. Teruknya rasa! Lepas tu ada lagi, mintak anak2 doakan untuk kita, lepas hantar anak2 pi sekolah biasakanlah mintak anak2 doakan kita. Ini melatih anak2 berdoa untuk kita - to get use to it. Lagi Nabi yang ma'sum pun berdoa, inikan pulak kita yang serba-serbi "cacat". MAcam lah terer sangat tak perlu nak doa-doa segala..tengok cerita Mutiara Hati petang2 tu tak? selain dari plot cerita yang banyak tak logik bagusnya melatih kita bersandarkan hanya pada Allah dan banyak berdoa (yang ni onde yang tambah).

    Ramai orang tahu pasal doa ni tapi masalahnya tak amal! Berdoa bila nak something jer tu yang payah nak makbul tu! Pas tu amalan tak parallel dengan permintaan pulak tu! *point to self*

    c) last sekali doa orang yang teraniaya memang tak der hijab. Tak payah lah kupas yang ni ya, semua faham dah ni.

    Dr. Hayaati ada jugak bagi potongan2 ayat Al-Quran untuk dibaca (surah As-Shaffaat ayat ??? - saper ingat? dan surah Al-Furqan ayat 74 - betulkan kalau salah) bagi melembutkan hati anak2 tapi i must remind you about this, janganlah kita baru ni jer nak baca ayat2 Al-Quran ni sebab nak melembutkan hati anak2, selain waktu ni kita tak baca pun Al-Quran, tak sentuh pun hatta malam jemaat pun kita lalai nak baca yasiin, kalau cam tu jutaan kali kita hembus kat ubun anak2 pun susah nak makbul! sebab kita tak menjadikan Al-Quran sebagai karib kita.

    Selain daripada itu, ucapan2 yang baik jugak merupakan doa. Contohnya salam, biasakan memberi salam tak kira di mana kita berada, dengan siapa kita berjumpa. Sebab dalam ucapan salam tu ada 3 perkara penting yang memang kita tak boleh dapat di mana2 pun:

    - sejahtera lah ke atas kamu
    - rahmat Allah ke atas kamu
    - berkat Allah ke atas kamu

    nak beli kat kedai tak ada semua benda ni, so sebab tu hukum bagi salam adalah sunat tapi hukum menjawab salam adalah wajib, of courselah wajib kita memulangkan semula 3 benda kat atas tu kepada orang yang telah memberinya dengan relahati kepada kita kan???? Cantik tak hukum Allah?? MasyaAllah! Cantiiiiikkkkkkk!

    Biasakanlah memberi salam pada anak2 kita sama ada kita nak keluar rumah atau balik ke rumah hatta bangun pagi sekali pun! Ni masa anak2 baby dulu ada la amalkan tapi sayang tak berpanjangan hingga ke sekarang. Ni nak kena start balik semula bagi salam waktu bangun pagi.

  • "U" - USAHA. Of course lah kena usaha untuk mendidik anak2, jangan putus harapan. Macam buku 101 malaysian anecdotes tu lah, peluk cium anak2 masa mereka masih kecil, pegang tangannya semasa mereka mau dipegang...tunjuk dan lahirkan kasih sayang kita. Onde rasa tak boleh jadi garang sangat! So, kenalah cool down sikit meter Onde ni. Sebab Nabi kata orang yang tak sayang pada orang lain, Allah pun tak sayang kat dia. Kalau kita belum ada anak, or memang tak punya anak, boleh jer nak sayang sesiapa pun, nak sayang kita pun boleh jugak! Bagi pendidikan sebaik mungkin pada anak2 kita, kalau perlu ajar solat, ajarkan; kalau perlu ajar tutup aurat, tunjukkan how; kalau perlu bersopan, kita kena lebih dulu bersopan; kalau nak suruh anak kita baca buku kita lebih dulu kena pegang buku dan baca; dan kalau-kalau yang lain...

  • "I" - ILMU. Nak didik anak maka ibu perlu ada ilmu lah, tak boleh hentam keromo jer, kalau rasa tak cukup ilmu pi lah belajar, attendlah forum2 yang macam ni kata dr. hayaati. Bacalah buku, kata onde. Belajar dengan orang lain. Bacalah blog kan? Jangan malas-malas. Yang mustahak, ibu harus sedar peranannya sebagai ibu tu tanggungjawab yang berat dan tak boleh main-main. Kelak esok2 kita dah jadi tanah, Allah akan persoalkan amanah kita ni. Yang kita sendiri pun tak lepas, nak settle amanah Allah macamana ni??? OH! OH! OH! OH!...........

  • "T" - TAQWA. Ibu wajib bertaqwa hanya pada Allah, kalau ibu pun solat tak cukup, puasa tak cukup (eh, memang ibu puasa tak cukup, okaylah pass that one dengan syarat ibu ganti puasa cukup), or solat ujung-ujung waktu, malas nak tilawah Al-Quran...saper nak jawab? Solat tiang agama ibu-ibu ya, kalau kita pi jalan2 mana2 pun jangan tinggal solat ya ibu-ibu....jangan lalai ya, sama-sama kita buat..sama2 kita saling peringat diri masing-masing. Ya Allah, susahnya jadi ibu Ya Allah, bantulah kami menjadi ibu-ibu yang bertaqwa, yang mampu mendidik anak2 kami menjadi anak2 yang soleh dan solehah..Ameeen.

Gitulah sikit sebanyak ucap utama Dr. Sharifah Hayaati.

Pas tu mulalah forum with 3 panels. This one I shall put only briefly:

Datin Sharifah Anisah Barakbah from NR said, as supermom we must jaga our keterampilan luar dan dalam! Jangan bagi ada nafas berBAUUU dan badan berBAUUU. Orang tua2 dulu bangun pagi sambil2 basuh muka depa berselawat kepada Nabi Muhammad saw. Beristighfar dulu mana tau kot ada dosa2 kita dengan husband. Lepas tu berdoa pada Allah supaya Allah memberi kita cahaya (Nur) Muhammad kepada wajah kita so that muka kita berseri-seri. Panjang jugak celoleh Datin tapi sebab dia berucap penuh dengan sense of humor maka nak ambik point tu ada sikit susah. Bottom line is "jaga body - luar dan dalam". Dia pun cerita, orang muda2 sekarang MALAS nak jaga badan, sebab tu beranak satu badan dah kembong. Adussssss! Datin ni cucu dah 23 wei, tapi body mak aiiiii.....tengok sendirilah nanti kalau ada can. *Malu weh* Banyak di ceritakan secara ringkas kegunaan herba2 misalnya daun inai, sireh bertemu urat dsbnya. Yang ni boleh baca kot dalam Ensiklopedia Perbidanan Melayu keluaran NR - harga RM145 tapi hari tu RM130 - yes, kita ada beli dan dah baca several pages, tak menyesal beli, buaaaaaaanyak ilmu tu, misalnya tahukah anda Siti Hawa isteri Nabi Adam as, bersalin sebanyak 120 kali dan kesemuanya kembar sepasang. Apa Siti Hawa makan masa pantang, apa Siti Khadijah makan masa pantang, Sit Fatimah jugak...actually all those herbs like jintan hitam (habbatus sauda'), madu lebah, sarang lebah even!, dan macam2 lagi lah..*excited ni* and when I told to mrdonjuan about datin yang kelihatan segar dan anggun lagi berbody cun even dah 23 cucu, this is what he said, "ha! makanlah ubat2 NR tu" and I quickly said, "bak duit!" hehehehehe..betul tak ibu2???? nak kita cun, bak lah duit kan? kan? kan?

*adoi letih dah ni typing*

Tauke butik SM bagi kita nangis sebab dia suruh kita orang berdiri pas tu pejam mata, pas tu cuba imagine kat mana mak kita masa tu, tengah buat apa, jengah kat dapur, mak kita tengah masak, jengah kat luar mak tengah menyapu..huhuhuhuh....the gist: we are what our mothers are, tak banyak sikit mesti ada kita mencontohi dia..macam Mummy Nah ni, mak dia dulu bisnes nasik lemak dapat kat dia bisnes tudung and busana muslimah..so anak2 kita nak ambik contoh yang baik from us jugak kan? Yang mana satu tu? Sila renung-renung dan jawab sendiri. Kalau ada yang kena per-elok kita bagi elok.

Lastly, author of CoolMom SuperDad, Pn Jamilah Samian shared her experience while she was in Oman, about pentingnya parents direct involvement dengan sekolah dan perkembangan anak2 di sekolah, jangan harap cikgu aja. Dan kalau kita nak yang bagus, there must be changes and don't be afraid of the changes. Macam dia, perubahan yang dia buat from professional working mom sebelum ke Oman, kepada full time housewife and she took up writing and her involvement with sekolah anak2. I think elisa and lollies have become a good example here kan? and of course ibu2 yang lain yang tak berblog and their tales are not told. Sat lagi kita baca cerita Aliya pulak eh? Camaner jadi expatriate mom and wife di negara orang. I think tak kiralah where ever we are, tuntutan tanggungjawab is still sama berat, lebih2 lagi tuntutan agama.

All in all, banyaklah ilmu yang diperolehi InsyaAllah mudah2an jadi panduan dan kata2 yang di tulis secara ringan ni sikit sebanyak mengingatkan kita pada tanggungjawab sebenar kita pada anak2 kita. InsyaAllah.

Conclusion:

To be a supermom. one should have the following:
  1. Pegangan agama yang kukuh.
  2. Jati diri yang mantap.
  3. Sihat tubuh badan.
  4. Pengurusan masa yang cekap.
  5. Ketrampilan yang menawan.
  6. Mahu berubah ke arah yang lebih baik.

Special notes to kaum bapa:

Diharap ayah2, papa2, dan daddy2 sekalian could help ibu, ummi, mama, mak, menjadi supermom yang hebat2 disamping ayah2, papa2 dan daddy2 juga menjadi superdad yang cool! Bantu-membantu membina keluarga bahagia. Kalau supermom down, superdad pandai2lah bagi motivation, bawak pi dinner ker, belikan bunga ker, puji2 sikit ker..superdad kena la creative! Sekian pesanan penaja.

P/S: hopefully di lainkali I'll have a chance to meet other bloggers yang belum jumpa dan yang dah jumpa jugak untuk mengeratkan tali silaturrahim.



08:22 - Tuesday, May 8, 2007


Post Comment

 

Login Required

To post a comment in this weblog, you must login. Click here to login..
Last Page Next Page
Description

...a sneak peak of what's happening in Onde's life.........



Links

Home
User Profile
Archives
Friends
Elsewhere
Shelfari
Emila Yusof
Efx2Blogs
eSnips
OO's Bookshelf
OO's Kitchen
HTML Goodies
QuranExplorer



Recent Entries

- RENT A BOOK AT EL-WARRAQ BOOKSTORE!
- I WON'T
- Have We?
- Mataku Basah Bermula Bab Lapan
- IKLAN - PROMOTING TRANSKIDZ



Current Reading

Introducing NLP - Psychological Skills for Understanding and Influencing People

by Joseph O'Connor and John Seymour

Oprah Winfrey: The Definitive Story of Her Struggle and Success

by George Mair






Let's talk!