Jotting Life

Have We?

Jotted in Unspecified

A small discussion at the comment box of RotiNina spurs me to write about this.



Sekarang ni ramai parents merasakan anak-anak kita sangat tertekan mengharungi syllabus mereka di sekolah. Kalau anak-anak yang dah "smart" rasa tertekan untuk maintain peatus markah mereka. Anak-anak ni rasa they always have to be at the top 5 (for example). Kalau anak-anak kita average and a little behind from their peers, as parents we also worry what's gonna happen to our children. Some of us will send our children to tuition centres, others ajar sendiri, others panggil tutors datang rumah. Selalu saja kita risau hal-hal akademik anak-anak kita. Saya kira itu lumrah.



Tapi, saya perhatikan tak ramai antara parents masakini risau tentang bab solat anak-anak mereka. Solat tidak diberatkan sebagaimana mereka memberatkan hal-hal akademik anak-anak.



To me, our children should be trained from young. We are talking about TIANG AGAMA here. So, we MUST train them from young, otherwise macamana nak lekat ibadat yang satu ni?



Ramai yang hafal pepatah kita "Melentur Buluh Biar Dari Rebungnya" dan ramai juga yang tahu "Anak-Anak Ibarat Kain Putih, kitalah yang mencorakkkannya sama ada mahu jadi...."



Tapi berapa ramai yang praktikkan?



Ramai yang menyerahkan bulat-bulat tanggungjawab mengajar anak-anak solat atau mengajar anak-anak mengaji kepada guru KAFA (kalau yang dah sekolah).



Kalau kita pergi shopping, atau jalan-jalan rumah kawan kita saja yang solat. Anak-anak kita tak galakkan langsung mereka solat. Lambat dan leceh kata kita, walhal anak-anak mesti di latih menghadapi suasana susah dan leceh ni.



Berapa ramai daripada kita kalau keluar rumah nak pergi mana-mana, yang angkut telekung solat anak-anak?



Well, nowadays surau dan masjid merata-rata. Anytime boleh singgah untuk solat. Kita sendiri kalau rasa leceh nak bawak telekung, senang saja. Pakailah pakaian yang menutup aurat - baju tak ketat dan jarang, tudung tak jarang. Lepas tu cuma perlu bawak sarung tangan (kalau lengan baju tu agak luas) dan stokin saja. Sama juga dengan anak-anak, kalau anak2 dah berpakaian tutup aurat, lebih senang. Tapi kalau tidak, bawaklah telekung mereka - belikan beg telekung yang cantik sikit as galakan (boleh order dari Mak Lang).



Kita lah yang kena asuh dan didik anak-anak walau kemana saja kita pergi jangan tinggal solat. Macam juga balik kampung or long distance travel, ajar anak-anak untuk solat jama' dan qasar.



This is also serves as a reminder to me.



Anak-anak memang secara nature ni suka main-main, tapi itu tak menjadikan alasan kita untuk tidak train anak-anak dari kecil untuk solat. Masa anak2 dah boleh tiru perbuatan kita, ajaklah depa solat sama-sama. Belikan sejadah kecil untuk mereka. Pakaian masa tu may be still in their pyjamas (kalau sebelah malam). For girls, for a start, just belikan tudung kecil comel tu. Nanti dah besar sikit belikan telekung juga.



Sekarang Fathini dah 10 dan Faeqah dah 9. So, for these two girls, tak ada dah istilah main-main untuk solat. Kalau tertidur sebelum solat Isyak kami kejut jugak supaya solat. Kemana-mana pergi mesti bawak telekung. Nak pegi rumah kawan ke, atau kemana sajalah. Kalau hari sekolah, sometimes van sekolah datang ambik cepat - kadang2 tak sempat nak solat Zohor, so I asked them supaya solat kat surau - terlupa bawak telekung, pakai jer stokin dan solat (tudung dah memang pakai). Tak susah pun sebenarnya nak solat.



Yang dua orang kecik kat rumah ni Faris is 6 and Feryal is 4 plus. Faris nampaknya Alhamdulillah dah lekat solat dia. Subuh tu, kalau dia agak terlambat bangun misalnya at 7, we still ask him to perform solat Subuh. Feryal pulak masih lagi ikut mood, so pandai-pandai kitalah nak pujuk dia solat. But most of the time, I belum paksa lagi dia kalau dia nampak reluctant - just encourage by saying for example "orang tak tinggal solat, Allah sayang". Of course, bacaan belum sempurna kan? Later, we can teach them slowly the details.



Normally anak-anak will follow our example. They will copy-cat us. Kalau si Ayah rajin ke masjid, boleh ajak anak teruna ke masjid sama. Dan Ibu pulak boleh solat berjemaah dengan anak-anak perempuan kat rumah.



Tapi kalau anak-anak tengok kita bangun solat Subuh pun dah dekat pukul 7 pagi, how-lah??? Ayah pun waktu Maghrib dok mengadap depan TV, camana??



This is contoh melalui teladan.



Sama-sama kita didik kita menghormati waktu solat. Waktu Maghrib tu sepatutnya TV dah off. Sangat menyedihkan bagi kelihatan kalau waktu Maghrib anak-beranak dok mengadap TV lagi. Sepatutnya kita dah siap-siap nak solat sama-sama.



We are not saying we are better from others, just to remind ourselves. Kadang-kadang pun lupa jugak tu!



Zaman yang anak-anak kita bakal hadapi sangat-sangat merisaukan jadi hanya dengan agama sajalah kita boleh didik anak-anak kita mudah-mudahan nanti berada di jalan Allah, berada di paksi yang betul. Tapi kalau solat pun tak kukuh, macamana kita nak harapkan perkara2 lain??



My friends pernah anjurkan kursus Fardhu Ain dan ramai parents hantar anak2 remaja ke sana. My friends menangis bila tengok these teenager didn't even know how to "mengucap" sebaliknya baca doa lain!!! Ambik wudhu' pun tak tau!! So, adakah kita nak anak-anak kita jadi macam ni??? Na'uzubillah!!!



One more thing, please check anak2 remaja ni sama ada solat ke tidak dalam bilik mereka. Fathini's best friend has a teenage brother. One day she cried and cried at school. So Fathini tanya, kenapa? Dia cakap, Abang dia selalu tipu ayah dan ibu kata dah solat padahal belum solat and Abang dia dah pandai bawak balik porn CD!!! The brother told her sister to keep mum! The girl is quite matured, so dia bagitau cikgu kat sekolah.



So, you see it is very, very important untuk didik anak2 kita dengan agama!!! Kita tau dan faham tu, tapi kita lalai nak praktikkan. Sibuk lah, tak sempatlah, dan macam-macam alasan lagi. Ada banyak lagi perkara kalau nak cakap but cukuplah kita cakap bab SOLAT ni.



Ramai parents nak train anak-anak solat bila dah masuk darjah satu. Semua nak buat masa darjah satu. Puasa tunggu darjah satu, solat tunggu darjah satu...sedangkan hanya ada 2 atau 3 tahun sahaja lepas tu kita nak bagi dia mantap solatnya sebelum masuk umur mumayyiz.



Jadi, sama-sama kita balik dan check diri kita sendiri. Mana lagi ruang yang kita boleh improve, kita improve. Sama-sama ya?

10:50 - Friday, April 25, 2008


Post Comment

 

Login Required

To post a comment in this weblog, you must login. Click here to login..
sangat-sangat benar apa yang dikata. lentur buluh mula dari rebung. sudah keras bila dicuba juga pasti pecah patah. apapun, sempat lagi iklan ya...

abi - 11:22 - Friday, April 25, 2008


A lot of decision yg kita buat akan mempengaruhi keluarga kita and most of the time tanpa kita sedari. When we move to the new hse with bigger master bedroom ikut hati mmg lah nak buat walk in wardrobe but we decided the space yg ada to be use as tempat solat jamaah. Lapang dan selesalah nak solat satu family. Lagi pun budget pun takde :P

Afiq is 8 next week baru naik baca alquran. A bit late kan but he can mengeja quite good so I tak risau if istiqamah tak lama boleh khatam, insyaallah. Kena put target utk dia.

Pergi sekolah pergi sekolah tapi di rumah kena emphasize jugak if not all go to the drain.

Banyak tanggungjawab yg I belum sempurnakan sepenuhnya *sigh Now kena starts with the girls pulak.

butterflutter - 11:30 - Friday, April 25, 2008


hu hu hu. tengah giat berusaha ni.

thanks OO

lollies - 12:29 - Friday, April 25, 2008


thanks for the reminder OO. Nael ikut suka bila dia nak sembahyang, nak tergelak pun ada jugak but I always encourage him and try hard not to gelak, sebab ada yg sembahyang 5 rakaat :) but i praise him a lot on his surahs..byk jugak yg dia dah tahu.

As parents we always need to show the best example for them..itulah yg byk lagi i kena betulkan tuh *sigh*.

zan - 02:46 - Friday, April 25, 2008


terima kasih kerana menulis entry ini. sometimes you say what is in my mind and you say it better than i would have tried.

didikan agama bermula di rumah. after all..islam itu LIFESTYLE bukannya RITUALISTIK.

futuredoc - 04:00 - Friday, April 25, 2008


thank you for the reminder. i agree with aliya, cara penyampaian you memang baik. cukup sesuwai sebagai cikgu. ;)

alhamdulillah, sofea dah start solat ikut waktu, with our reminders and follow ups of course. i am still monitoring and tegur-ing sebab sometimes i catch her tengah solat tapi mata boleh melilau tengok tempat lain!

famygirl - 10:28 - Saturday, April 26, 2008


DEAR ALL,
same goes with me here, banyak kena perbetulkan lagi.

Kalau anak2 baru nak solat ni memang mata masih melilau2 tak apa we tegur pelan-pelan, nanti insya-Allah they will understand.

ondeonde - 11:01 - Wednesday, April 30, 2008


Last Page Next Page
Description

...a sneak peak of what's happening in Onde's life.........



Links

Home
User Profile
Archives
Friends
Elsewhere
Shelfari
Emila Yusof
Efx2Blogs
eSnips
OO's Bookshelf
OO's Kitchen
HTML Goodies
QuranExplorer



Recent Entries

- RENT A BOOK AT EL-WARRAQ BOOKSTORE!
- I WON'T
- Have We?
- Mataku Basah Bermula Bab Lapan
- IKLAN - PROMOTING TRANSKIDZ



Current Reading

Introducing NLP - Psychological Skills for Understanding and Influencing People

by Joseph O'Connor and John Seymour

Oprah Winfrey: The Definitive Story of Her Struggle and Success

by George Mair






Let's talk!